7 PERKARA PENTING ASAS FOTOGRAFI!

1) PENDEDAHAN (EXPOSURE) 

Pendedahan menentukan mutu gambar foto. Gambar yang baik adalah yang dihasilkan oleh pendedahan yang secukupnya sahaja, tidak terlebih atau terkurang. Kerana itulah sebenarnya teknik membuat pendedahan merupakan aspek amat penting dalam aktiviti fotografi, terutama sekali dalam penghasilan gambar-gambar foto kreatif. Gambar yang terhasil daripada pendedahan yang tepat akan menunjukkan detail, tone dan warna subjek dengan tepat dan jelas.


Pendedahan adalah tindakan membenarkan masuk sejumlah cahaya yang diperlukan oleh sensor bagi kamera digital, atau filem bagi kamira analog yang sekarang sudah tidak banyak kelihatan. Ini boleh diibaratkan seperti membakar biskut menggunakan oven. 


Pendedahan kamera bergantung kepada jumlah cahaya: cahaya yang masuk ke dalam kamera perlu dikawal sesuai dengan tempoh masa pendedahan, bagi menghasilkan pendedahan yang tepat. Jadi dua masalah yang harus diselesaikan ialah:
  • bagaimana cara untuk mengawal keamatan cahaya yang akan sampai ke sensor kamera, dan
  • bagaimanakah pula caranya untuk mengawal tempoh masa bagi cahaya itu bertindak ke atas sensor.
Kamera SLRD dilengkapi dengan dua alat kawalan yang dapat mengendalikan kawalan keamatan cahaya dan tempoh masanya. Dengan kedua-dua alat kawalan atau pelaras ini, pendedahan dapat diatur dengan sempurna. Alat-alat yang dimaksudkan ialah
  • shutter (menentukan tempoh masa pendedahan), dan
  • apaca (mengawal keamatan cahaya)
Pendedahan yang betul memerlukan saling imbang shutter-apaca. Bagi sebarang keadaan keamatan cahaya, kelajuan shutter harus disesuaikan dengan saiz apaca.

2) APERTURE

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.


f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

3) SHUTTER SPEED


Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Shutter SpeedTypical Examples
1 - 30+ secondsSpecialty night and low-light photos on a tripod
2 - 1/2 secondTo add a silky look to flowing water
Landscape photos on a tripod for enhanced depth of field
1/2 to 1/30 secondTo add motion blur to the background of a moving subject
Carefully taken hand-held photos with stabilization
1/50 - 1/100 secondTypical hand-held photos without substantial zoom
1/250 - 1/500 secondTo freeze everyday sports/action subject movement
Hand-held photos with substantial zoom (telephoto lens)
1/1000 - 1/4000 secondTo freeze extremely fast, up-close subject motion


example photo with a slow shutter speedSLOW SHUTTER SPEEDexample photo with a fast shutter speed   FAST SHUTTER SPEED

4) KOMPOSISI (COMPOSITION)


Komposisi ialah suatu penerangan teori yang menjadi panduan meletak subjek ke dalam ruang gambar. Ia bermula sejak para pelukis dan jurufoto membuat kajian terhadap gambar-gambar yang telah berjaya mengusik perasaan dan menarik perhatian: perkara-perkara seperti warna, bentuk, garisan dan tone, dipertimbangkan dalam hal-hal untuk mengaitkan gambar dan kesannya dalam pengimbangan dan sebagainya.Komposisi adalah suatu istilah yang subjektif, sukar untuk ditakrif, apalagi untuk dijadikan suatu set peraturan yang diharap sentiasa sesuai untuk semua keadaan; pada masa yang sama, fotografi adalah suatu bidang seni, dan penghasilannya adalah bergantung kepada kreativiti seseorang.
Saya ingin memfokuskan mengenai teknik komposisi. Terdapat 7 teknik yang penting dalam komposisi fotografi.

1. Pastikan gambar anda mempunyai Point of Interest (POI). Poi adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unik di dalam gambar. 

2. Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Experimen dengan posisi paling menarik.

3. Ringkaskan gambar anda. Hanya masukkan elemen yang paling penting dan yang mahu diceritakan. Samada mengurangkan elemen, ataupun mengurangkan warna, boleh memberikan penceritaan tertentu.

4. Sudut pandang juga penting. Anda boleh mengambil dari sudut paras mata, sudut bawah, atau sudut atas. Setiap satu akan beri impak psikologi tertentu.

5. Bentuk. Setiap perkara yang dirakam mempunyai bentuk. Sesetengah benda mungkin lebih menarik sekiranya kita rakamkan bentuknya. Sudut dan cahaya memainkan peranan untuk merakam bentuk sesuatu objek.

6. Line. Asas penghasilan bentuk, adalah menggunakan line. Amati dan lihat bagaimana line boleh memberikan impak dalam gambar.

7. Perspektif akan beri depth dalam gambar.

5) 3 ATURAN (RULE OF THIRDS)

Rule of thirds atau Panduan tigaan menyebut anda boleh memperbaiki komposisi anda dengan mengelak dari meletak gambar di tengah-tengah, sebaliknya sedikit off center.


6) DEPTH OF FIELD
Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field. Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.


Aperture f/2.8
Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.
f/16

Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza
Visualization: Aperture vs Depth of Field

7) KESEIMBANGAN

5949844382 97451a2784 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.
KESIMPULANNYA, SETIAP PHOTOGRAPHER HENDAKLAH TAHU DAN FAHAMI! :
Sekian.. Dialu-alukan share dan copy.. :)

No comments:

Post a Comment

Blogger templates